Banglo No. 99

Berdasarkan kisah benar mengenai 99 Mansion iaitu kediaman Tengku Izzudin yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kesemua ahli keluarganya telah meninggal dunia secara misteri, menyebabkan banglo itu terbiar tidak berpenghuni. 30 tahun kemudian, seorang jurutera dan kontraktor bernama Hisyam ingin meneruskan kerja membaik pulih banglo itu selepas tawarannya dipersetujui oleh firma Putera Shah. Kerja mereka turut dibantu oleh dua rakan sekerja Putera Shah iaitu Rafael dan Camelia. Malangnya, mereka berdepan pelbagai kejadian aneh dan menakutkan ketika bermalam di tepi tasik berdekatan banglo tersebut.

Bahasa: Malay
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 Disember 2019
Genre:
Durasi: 96 Minit
Pengedar: Xtreme 5 Productions Sdn Bhd
Pelakon: Johan As'ari, Datuk Yusof Haslam, Hafeez Mikail, Bkay Nair, Camelia Natasya kmn, Harun Hashim
Pengarah: Khir Mohd Noor
Format: 2D