My Extraordinary Summer With Tess (EFF)

Berdasarkan novel nukilan Anna Woltz yang sama judulnya, filem ini menceritakan kisah Sam, seorang budak lelaki berusia 10 tahun, dan keluarganya yang pergi bercuti di pulau Terschelling, Belanda, pada musim panas. Namun, apabila keluarganya berdepan masalah tersendiri, Sam nekad untuk pergi melatih dirinya untuk mengembara secara berseorangan. Sam akhirnya bertemu dan mula berkawan dengan seorang gadis pelik bernama Tess. Biarpun baru sahaja berkenalan, Tess nekad meminta bantuan Sam untuk mencari bapa kandungnya. Walaupun terpaksa, Sam akhirnya bersetuju untuk membantu gadis itu dan dia mula menyedari bahawa pentingnya hidup berkeluarga.

Bahasa: Dutch / German
Sarikata: English
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2020
Genre:
Durasi: 88 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Sonny Coops Van Utteren, Josephine Arendsen, Tjebbo Gerritsma, Jennifer Hoffman
Pengarah: Steven Wouterlood
Format: 2D