They Call Me Babu (EFF)

Filem dokumentari ini mengisahkan wanita-wanita orang asli Indonesia yang bekerja sebagai pembantu, atau babu, kepada penjajah Belanda ketika berlakunya Perang Dunia Kedua. Gara-gara ingin melarikan diri dari perkahwinan yang dirancang oleh keluarganya, Alima bersetuju untuk menjadi pembantu kepada sebuah keluarga di Belanda. Namun apabila dia pulang ke Indonesia, negaranya telah pun dijajah oleh Jepun dan sedang berperang untuk mencapai kemerdekaan. Dalam pada dia setia menjaga anak keluarga itu selama bertahun-tahun, kesetiaannya terhadap kekasihnya yang juga pejuang kemerdekaan, Riboet, kekal utuh. Filem ini dicerita menggunakan rakaman-rakaman video arkib.

Bahasa: Indonesian / Dutch
Sarikata: English
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2020
Genre: Dokumentari
Durasi: 78 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon:
Pengarah: Sandra Beerends
Format: 2D