Onward

Ian dan Barley Lightfoot merupakan adik beradik bunian yang tinggal di pinggir bandar sebuah dunia fantasi, di mana manusia tidak wujud. Sebaliknya ia didiami oleh makhluk seperti bunian, troll, ikan duyung dan macam-macam lagi. Suatu hari, kedua-dua remaja itu memulakan pengembaraan demi meneroka jika masih ada lagi kuasa magik di dunia. Mereka berharap untuk menggunakan kuasa magik bagi meluangkan masa sehari bersama bapa mereka, yang meninggal ketika mereka masih kecil. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menghidupkan semula bapa mereka menggunakan satu sihir, hanya bahagian bawah badan bapa mereka yang muncul. Memandangkan sihir itu hanya bertahan selama 24 jam, mereka perlu mencari jalan untuk mengembalikan bahagian atas badan bapa mereka sebelum terlambat.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2020
Genre: Animasi
Durasi: 103 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Tom Holland, Chris Pratt, Julia Louis-Dreyfus, Octavia Spencer
Pengarah: Dan Scanlon
Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D D-BOX, 2D ATMOS D-BOX