Howling Village

Kampung Inunaki terkenal dengan kisah-kisah seramnya tersendiri. Kanae merupakan seorang ahli psikologi yang mempunyai deria keenam, yang membolehkannya melihat dan berkomunikasi dengan makhluk halus. Tanpa menyedari bahaya yang menanti, abangnya Yuma bersama kekasih abangnya Akina mencabar diri untuk pergi ke kampung tersebut. Akina akhirnya membunuh diri kerana hilang kewarasan. Yuma kembali semula ke kampung itu bersama rakan-rakannya namun dia kemudiannya didapati hilang. Kini semuanya bergantung kepada Kanae untuk menyelidik misteri dan sejarah di sebalik Kampung Inunaki.

Bahasa: Japanese
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 9 Julai 2020
Genre: Seram
Durasi: 109 Minit
Pengedar: MM2 Entertainment
Pelakon: Ayaka Miyoshi, Ryota Bando, Renji Ishibashi, Masanobu Takashima
Pengarah: Takashi Shimizu
Format: 2D