Rasuk 2

Isabella merupakan pelajar perubatan yang dikurniakan deria keenam tapi dia tidak pedulikannya kerana dia mahu hidup secara normal. Sebagai salah satu tugasan latihan industri, dia perlu melakukan bedah siasat terhadap mayat wanita yang tidak mempunyai identiti. Malangnya, sejak dari itu dia mendapati dirinya diekori roh wanita tersebut, menyebabkan persahabatan dan pembelajarannya terganggu. Pada mulanya hanya kakaknya, Fransisca Inggrid, yang memahami dan sentiasa memberi sokongan kepadanya tetapi dalam usaha untuk melepaskan diri daripada gangguan itu, dia bertemu dengan Radja yang turut memahami situasinya. Dia kemudiannya mendapati misteri kematian wanita itu mula terungkai sedikit demi sedikit. Kini, walaupun nyawanya dalam bahaya, dia mengambil keputusan untuk membantu roh wanita itu.

Bahasa: Indonesian
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2020
Genre: Seram
Durasi: 85 Minit
Pengedar: Antenna Entertainments
Pelakon: Nikita Willy, Achmad Megantara, Asri Welas, Raquel Katie Larkin
Pengarah: Rizal Mantovani
Format: 2D