Pee Nak 2

Kuil Thamma Nakanimitr kembali aman selepas Sami Nong, Sami First dan Sami Balloon menunaikan janji mereka dan menewaskan hantu Nak Nont. Walaubagaimanapun, Balloon dan First meninggalkan dunia sami secara rahsia untuk hidup normal, meninggalkan Nong di kuil itu bersama Novice Nott dan Odd. Namun pemergian mereka tidak lama, mereka kembali ke kuil itu untuk mencari perlindungan dari hantu yang mula mengganggu mereka. Apabila situasi menjadi semakin rumit, memandangkan mereka tidak boleh meninggalkan kuil yang terkena sumpahan itu tanpa berdepan bahaya, mereka bertemu Toh, seorang penyanyi Korea-Thai yang datang ke kuil itu untuk ditahbiskan.

Bahasa: Thai
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 Mac 2020
Genre: Seram
Durasi: 115 Minit
Pengedar: MM2 Entertainment
Pelakon: Vachiravit Paisarnkulwong, Bhuripat Vejvongsatechavat, Witthawat Rattanaboonbaramee, Atiwat Saengtien, Khunnapat Pichetworawut, Phiravich Attachitsataporn
Pengarah: Phontharis Chotkijsadarsopon
Format: 2D