Master

Vijay membintangi filem ini sebagai seorang profesor di sebuah kolej, di mana dia sering berseronok dengan para pelajarnya yang kaki minum sama sepertinya. Namun satu insiden yang menimbulkan konflik antara para pelajar itu menyebabkan dia telah dituduh sebagai pesalah sehingga dia dipecat. Dia kemudiannya bekerja sebagai warden di rumah anak yatim. Selepas menyedari anak-anak di situ ketagih dan menjual dadah, dia membuat keputusan untuk menyiasat dalang di sebalik masalah itu dan cuba menyelamatkan mereka dari terus terjerumus dengan dadah.

Bahasa: Tamil
Sarikata: English
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 13 Januari 2021
Genre:
Durasi: 180 Minit
Pengedar: Lotus Five Star
Pelakon: Vijay, Vijay Sethupathi, Arjun Das, Shanthanu Bhagyaraj, Andrea Jeremiah
Pengarah: Lokesh Kanagaraj
Format: