Do You Love Me As I Love You

Sejak kecil, Tien Xiao-Xiang menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Li Zhu-Hao. Dia akhirnya hampir mendapat peluang untuk meluahkan perasaan tetapi malangnya lelaki itu menyukai rakan baik Tien, Song Yi-Jing. Song kemudiannya mencabar Li membantu tiga pasangan untuk bercinta, iaitu profesor Stone yang suka menyendiri dan pemilik gim Liu Zhi-Liang, si pelik Ah-Yu dan si kacak kampus Danny Lo, dan juga pelajar falsafah Ah-Shan dan ketua samseng wanita Yu. Buntu dengan apa yang perlu dilakukan selepas menyahut cabaran itu, Li akhirnya meminta bantuan Tien. Walaupun hatinya agak berat, tetapi Tien tidak sanggup melihat Li sengsara dan bersetuju untuk membantu lelaki itu dengan perasaan yang bercampur baur.

Bahasa: Mandarin
Sarikata: English / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 10 September 2020
Genre: Romantik
Durasi: 108 Minit
Pengedar: RAM Entertainment
Pelakon: Tsao Yu Ning, Yuu Chen, Lin Ting Wei
Pengarah: Chieh Shueh Bin
Format: 2D