Promising Young Woman

Cassie merupakan wanita harapan ramai tetapi sebuah kejadian misteri dan tragik yang tiba-tiba berlaku telah merosakkan masa depannya. Kini dia merupakan bekas pelajar perubatan yang tinggal bersama ibu bapanya di rumah dan bekerja di sebuah kedai kopi. Walau bagaimanapun, kehidupannya bukanlah seperti yang disangka, memandangkan dia mempunyai kehidupan rahsia pada waktu malam. Dalam pada itu, dia bertindak membalas dendam terhadap orang-orang yang merosakkan hidupnya. Namun satu pertemuan yang tidak dijangka bakal memberinya peluang untuk membaiki kesilapan masa lampau.

Bahasa: English
Sarikata: NA
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 4 Mac 2021
Genre:
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Carey Mulligan, Bo Burnham, Alison Brie, Clancy Brown, Jennifer Coolidge, Connie Britton, Laverne Cox
Pengarah: Emerald Fennell
Format: 2D