Guns Akimbo

Ketika mabuk, Miles seorang pembuat permainan video yang gemar membuat 'kacau' di internet, telah mengkritik hebat penyiaran pertandingan pertarungan maut haram oleh sebuah kelab yang dipanggil Skizm. Pertandingan itu disiarkan secara langsung kepada jutaan penonton yang gemar menyaksikan orang tak dikenali bertarung hingga mati. Kritikan itu telah mencetuskan kemarahan Riktor, dalang di sebalik semuanya, yang kemudian mahu Miles terlibat sebagai salah seorang peserta pertandingan itu. Mimpi ngeri Miles menjadi kenyataan apabila dia terbangun dan mendapati senjata berat dipasang di tulangnya dan kini dia perlu berdepan dengan lawan pertamanya, iaitu pembunuh bernama Nix. Dia berjaya melarikan diri daripada Nix tetapi apabila Nova, bekas kekasih yang masih disayanginya, telah diculik, dia perlu berhenti melarikan diri dan bertarung demi menyelamatkan wanita itu.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2020
Genre:
Durasi: 100 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Daniel Radcliffe, Natasha Liu Bordizzo, Samara Weaving, Mark Rowley
Pengarah: Jason Lei Howden
Format: 2D