Kamen Rider Reiwa The First Generation

Filem ini adalah filem ke-11 daripada siri filem "Movie War", iaitu gabungan antara "Kamen Rider Zero-One" dan "Kamen Rider Zi-O". Kemalangan Daybreak Town telah mengubah dunia dan kepintaran buatan (AI) pada 12 tahun lalu. Sougo Tokiwa membuat keputusan untuk berhenti menjadi adiwira Kamen Rider Zi-O demi menjalani kehidupan biasa. Walaubagaimanapun, niatnya terganggu apabila seorang Time Jacker mengubah sejarah semula, memaksa Sougo untuk kembali sebagai adiwira itu. Dia kemudiannya bertemu Aruto Hiden, iaitu Kamen Rider Zero-One yang datang dari dunia yang dia cuba selamatkan. Kini kedua-dua mereka tidak mempunyai pilihan lain selain bersatu untuk bersama-sama menyelamatkan dunia itu.

Bahasa: Japanese
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Mac 2020
Genre: Aksi
Durasi: 98 Minit
Pengedar: ATriNaga Sdn Bhd
Pelakon: Fumiya Takahashi, So Okuno, Ryutaro Okata, Noa Tsurushima, Hiroe Igeta, Gaku Oshida
Pengarah: Teruaki Sugihara
Format: 2D