Train To Busan Presents Peninsula

Empat tahun lalu, anggota tentera Jung-seok hampir hilang nyawa ketika berusaha menyelamatkan diri dari Korea Selatan apabila seluruh negara itu diserang wabak zombi bermisteri. Kini hidup sengsara di Hong Kong, dia menerima tawaran untuk kembali ke kawasan semenanjung yang dikuarantinkan itu untuk menyertai misi mengambil trak terbengkalai di tengah-tengah Seoul. Dia perlu menjalankan operasi rahsia itu dalam tempoh yang singkat dan menyelamatkan diri secara senyap-senyap selepas berjaya. Ketika memasuki zon yang dijangkiti, dia dan kumpulannya bukan hanya berdepan zombi-zombi ganas tetapi juga menemui kumpulan manusia yang terselamat. Misi mereka terganggu apabila mereka diserang unit tentera misteri Unit 631. Jung-seok diselamatkan oleh seorang wanita bernama Min-jung ketika dia berada dalam keadaan terdesak dan kini dia perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari kawasan itu.

Bahasa: Korean
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 16 Julai 2020
Genre:
Durasi: 116 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Kang Dong-Won, Lee Jung-Hyun, Lee Re, Kwon Hae-Hyo
Pengarah: Yeon Sang-Ho
Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D ScreenX