Break The Silence: The Movie

Sebuah dokumentari yang memaparkan rakaman konsert jelajah kumpulan muzik lelaki Korea Selatan, BTS, "Love Yourself: Speak Yourself" yang berlangsung di Los Angeles, Chicago, New York, São Paulo, London, Paris, Osaka, Shizuoka, Riyadh, dan Seoul pada 2019. Mereka juga merupakan kumpulan muzik Korea pertama yang membuat persembahan di Stadium Wembley, London. Selain itu, ia turut menampilkan klip dan rakaman di sebalik tabir konsert, serta kisah-kisah peribadi yang diceritakan sendiri oleh tujuh ahli kumpulan itu.

Bahasa: Korean
Sarikata: English / Malay
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 10 September 2020
Genre:
Durasi: 90 Minit
Pengedar: Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
Pelakon: RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, Jungkook
Pengarah: Park Jun-Soo
Format: 2D