Ghosts Of War

Berlatarkan detik-detik akhir Perang Dunia Kedua, di mana tentera Amerika Lieutenant Goodson bersama anggota unitnya, Eugene, Butchie, Kirk dan Tappert ditugaskan untuk menjaga sebuah istana di sebuah perkampungan Perancis. Namun, mereka mula diganggu kejadian-kejadian aneh sejak malam pertama mereka tinggal di sana, sehinggalah mereka menemui sebuah jurnal yang mendedahkan tragedi berdarah yang berlaku, iaitu keluarga Helwig yang menetap di istana itu telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Nazi. Kini unit tentera yang terperangkap dalam istana itu perlu berdepan roh keluarga Helwig yang ingin membalas dendam atas kematian mereka.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 17 September 2020
Genre:
Durasi: 94 Minit
Pengedar: Mega Films Distribution Sdn Bhd
Pelakon: Brenton Thwaites, Theo Rossi, Skylar Astin, Kyle Gallner
Pengarah: Eric Bress
Format: 2D