Freaky

Kehidupan Millie Kessler, seorang remaja berusia 17 tahun, sebagai senior sekolah tinggi Blissfield High tidak seindah yang disangkanya. Selain dibuli kumpulan popular di sekolah, hidup Millie bertambah malang apabila dia turut menjadi sasaran pembunuh bersiri terkenal di bandar kecil itu, yang dikenali sebagai The Butcher. Setelah ditikam menggunakan pisau purba milik The Butcher, Millie mendapati dirinya telah bertukar badan dengan pembunuh tersebut. Kini dia hanya mempunyai tempoh 24 jam untuk mendapatkan badannya semula sebelum dirinya kekal dalam badan The Butcher, dan menghalang pembunuh itu daripada melakukan pembunuhan beramai-ramai di majlis Homecoming.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 12 November 2020
Genre:
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Vince Vaughn, Kathryn Newton, Celeste O'Connor, Misha Osherovich
Pengarah: Christopher Landon
Format: 2D