Seobok

Bekas ejen rahsia, Ki-hun, kini memencilkan dirinya dari dunia luar susulan sebuah insiden tragik yang pernah dihadapinya. Suatu hari, bekas majikan Ki-hun menghubunginya semula untuk menjalankan satu misi rahsia, iaitu menghantar klon manusia pertama, Seobok, ke tempat yang lebih selamat. Walaupun Ki-hun ingin menyelesaikan misinya dengan cepat, ianya tergendala apabila Seobok terpesona dengan dunia luar memandangkan selama ini dia hidup di dalam sebuah makmal. Bukan itu sahaja masalah yang perlu dihadapinya, kerana kini mereka turut menjadi buruan kumpulan-kumpulan yang ingin merampas Seobok selepas mendapat tahu dia menyimpan rahsia untuk hidup selama-lamanya.

Bahasa: Korean
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 1 Januari 1901
Genre: Fiksyen Sains
Durasi: NA
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Gong Yoo, Park Bo-Gum, Jo Woo-Jin, Jang Young-Nam
Pengarah: Lee Yong-Joo
Format: 2D