Filem wajib tonton : Julai 2015
Showtimes
 
Article

Filem wajib tonton : Julai 2015


Yang manakah anda akan tonton?


Bulan Julai tahun ini adalah bulan Ramadhan dan juga bulan Hari Raya Aidilfitri, namun ia tidak bermakna panggung wayang di seluruh negara akan dipenuhi dengan filem-filem tempatan. Walaupun sudah tiga buah filem blockbuster ditayangkan, namun bulan Julai akan menyaksikan banyak lagi filem dari genre seram, animasi dan banyak lagi akan menjengah pawagam berdekatan anda.

Oleh itu, kali ini kami akan menyenaraikan filem-filem wajib tonton sepanjang Julai ini!

While We're Young

 

Josh Schrebnick adalah seorang pembikin filem dokumentari yang mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya Cornelia kerana tidak boleh menimang cahaya mata. Apabila John bertemu dengan seorang pembikin filem dokumentari muda dan berinspirasi dan teman wanitanya, pasangan ini mula berubah dan seperti mempunyai satu tenaga baru selepas mereka semakin mengenali pasangan kekasih muda itu. Filem arahan dan skrip oleh Noah Baumbach ini dibarisi pelakon hebat seperti Ben Stiller dan Naomi Watts sebagai pasangan di pertengahan usia dan Adam Driver dan Amanda Seyfried sebagai pasangan muda.

General Release Date: 2 July

Attack on Titan: Crimson Bow & Arrow

 

Bagi peminat Anime dan kanak-kanak pastinya ada alasan untuk pergi ke pawagam bulan ini terdapat tiga buah filem animasi ditayangkan ketika ini. Pastinya ibu bapa tidak mempunyai masalah untuk membawa anak-anak menonton filem "Doraemon The Movie: Nobita and the Space Heroes" atau "Detective Conan: Sunflower of Inferno". Namun untuk pilihan kami ini disarankan kanak-kanak menonton ditemani oleh ibu bapa.

Ini kerana filem animasi yang diangkat dari manga karya Hajime Isamaya, "Attack on Titans" boleh dikatakan agak ganas dengan memaparkan gergasi pemangsa dan juga kematian, selain plot penceritaan yang mempunyai 'twist'.

General Release Date: 2 July

Terminator Genisys

 

Jika bulan Jun menyaksikan filem dinosaur kembali ke layar perak menerusi "Jurassic World", namun pada bulan Julai ini pula akan menyaksikan filem kegemaran ramai siri Terminator, "Terminator Genisys". Ia mengisahkan tentang Kyle Reese yang dihantar ke masa lampau yang mana bagaimana ia mula berlaku iaitu menyelamatkan ibunya dan juga kewujudan dirinya dan menghalang SkyNet. Namun seperti perkara ia tidak akan menjadi semudah yang disangka kerana terjadi perkara yang tidak diingini dan mereka perlu menghalangnya.

Selain itu, dalam filem terbaru Terminator terbaru ini juga akan mempunyai babak Arnold berlawan dengan Arnold ketika muda. Bagaimanapun, untuk filem terbaru ini boleh dikatakan dibarisi pelakon baru antaranya Emilia Clarke, Jai Courtney dan Jason Clarke. Malah filem arahan pengarah "Thor: The Dark World", Alan Taylor ini juga dibintangi pelakon dari Korea Selatan, Lee Byung-Hun.

General Release Date: 2 July

Return to Sender

 

Filem terbaru arahan Fouad Mikati akan dibintangi oleh Rosamund Pike dan Shiloh Fernandez sebagai peneraju yang mana Rasamund akan membawa watak sebagai seorang jururawat bedah yang dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di rumahnya ketika dia menunggu teman temu janjinya. Dia yang mahu meneruskan hidup dan traumanya telah menghantar surat kepada perogol tersebut yang berada di penjara dengan berkata semua perkara itu boleh dimaafkan. Selepas perogol itu dibebaskan, dia telah dijemput untuk ke rumah wanita itu. Bagaimanapun bapa wanita itu yang dilakonkan oleh Nick Nolte keliru dengan tindakan anaknya untuk bertemu dengan perogolnya. Nak tahu mengapa? Kenalah tonton sendiri dipawagam!

General Release Date: 9 July

The Monk Comes Down the Mountain

 

Pengarah Chen Kaige akan sentiasa dikenang atas kejayaan di Cannes menerusi filem "Farewell My Concubine", pengarah Fifth Generation ini juga diberi tanggungjawab untuk mengarah filem seni mempertahankan diri epik "The Emperor and the Assassin" dan "The Promise". Kali ini Chen kembali dengan filem terbaru arahan yang diadaptasi dari novel terlaris dari Xu Haofeng, "The Monk Comes Down the Mountain. Ia mengisahkan tentang seorang sami muda yang dipaksa keluar dari kuil. Untuk hidup di dunia luar, dia telah menggunakan kebolehan seni mempertahankan dirinya dalam usaha mencari seorang mentor. Dia kemudian telah bertemu dengan seorang guru kung fu yang mempunyai Buku Rahsia yang mengandungi tekni seni mempertahankan diri terunggul yang dikatakan sudah lama hilang. Bagaimanapun buku itu dikehendaki oleh serang pemuda, dan bapanya sanggup berbuat apa sahaja termasuk membunuh demi mendapat buku itu, dan sami itu terpaksa melindungi buku itu dari jatuh ke tangan penjahat.

Watak sami muda akan dibawa oleh pelakon komedi Wan Baoqiang selain Aaron Kwok, Chang Chen, Lin Chi-Ling, Fan Wei, Wang Xueqi dan Vanness Wu.

General Release Date: 9 July

A Little Chaos

 

Sabine de Barra adalah seorang janda dari Perancis yang merupakan seorang juru landskap taman. Dia mendapat kerja untuk membina sebuah taman mewah di Palace of Versailles yang mana ia menempatkan kediaman Raja Loius XIV. Namun apabila Sabine bertembung dengan juru landskap diraja tersebut sewaktu bersiar-siar, sesuatu mula berputik di antara mereka.

Filem arahan Alan Rickman' ini adalah filem keduanya sejak filem "The Winter Guest" pada tahun 1997 dan filem terbarunya sudah pun ditayangkan di Festival Filem Toronto tahun lalu di mana dia menerima pujian atas lakonan Kate Winslet sebagai Sabine dan Matthias Schoenaerts sebagai juru landskap diraja. Rickman pula membawa watak sebagai Raja dengan Stanley Tucci membawa watak adik Raja.

General Release Date: 9 July

Gangsterock: Kasi Sengat

 

Seorang ketua gangster bernama Khidir mahu bersara, namun dia diberi amaran kerana keputusannya untuk bersara itu seperti menempah maut. Rude pula adalah pesaing Khidir yang lebih muda dan agresif. Pada masa sama muncul Shake dan Bromo, dua orang 'rocker' bernasib malang apabila ditipu dan dibuang dari kumpulan masing-masing. Ketika berlaku satu kecurian, Shake dan Bromo berjaya menyelamatkan loket Mak Jenab. Sebagai balasan, Mak Jenab membenarkan mereka tinggal di rumahnya. Ketika mereka ke kedai untuk makan, penduduk menyangkakan mereka adalah gangster, kebetulan apabila gangster sebenar muncul mahu memungut wang perlindungan dan memukul peniaga-peniaga di situ Shake dan Bromo membantu. Bermulalah perseteruan dengan Rude yang mahu membunuh mereka.

Bersempena dengan bulan Raya ini, terdapat beberapa filem tempatan yang bakal memeriahkan lagi perayaan antaranya "Suamiku Jatuh Dari Langit", namun kami mencadangkan anda untuk menonton "Gangster Rock Kasi Sengat". Setelah lama tampil sebagai pelakon pembantu, kini Sofi Jikan muncul dengan filem arahannya dan juga sebagai watak utama. Menariknya, ia akan dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Saiful Apek, Namron dan Aqasha selain dibarisi Sharifah Amani, Izara Aishah, Khir Rahman, Syafie Naswip dan Z. Zamirie. Malah ini juga merupakan filem terakhir arwah Harun Salim Bachik.

General Release Date: 17 July

Marvel's Ant-Man

 

Fasa kedua Marvel sudah pun melabuhkan tirai iaitu filem terakhir "Avengers: Age of Ultron". Fasa ketiga Marvel akan bermula dengan filem "Marvel's Ant-Man". Ia mengisahkan tentang seorang pencuri yang telah diberi peluang oleh seorang saintis untuk mengubah hidupnya menjadi seorang adiwira.

Pada mulanya filem ini sepatutnya diarahkan oleh Edgar Wright, namun Edgar telah digantikan oleh Peyton Reed. Ia dibintangi oleh Michael Douglas dan Paul Rudd serta Evangeline Lily dan Michael Pena serta Corey Stoll.

General Release Date: 16 July

Ju-On: The Final

 

Sejak tahun 2002, "Ju-On: The Grudge", francais filem ini berjaya bertahan apabila mempunyai tujuh filem yang mana terakhir pada tahun 2014. Terbaru, "Ju-On" bakal muncul dengan filem terakhir yang mana ia mengisahkan selepas kejadian berlaku terhadap guru sekolah Yui Shono yang hilang selepas memasuki rumah Saeki, dan adiknya Mai cuba mencari kakaknya selepas kehilangannya.

Filem terakhir ini merupakan filem wajib tonton oleh peminat filem seram "Ju-On" yang mula mengikuti siri filem sejak yang pertama sekali.

General Release Date: 16 July

The Gallows

 

Jika anda bukan seorang peminat filem seram Jepun, bulan Julai pulak menyajikan banyak filem-filem seram tempatan dan antarabangsa seperti, "CCTV", "The Strange House" atau "Vatican Tapes".

Bagaimanapun, kami memilih filem seram bergenre 'found footage' "The Gallows" yang mengisahkan tentang sebuah sekolah menengah yang merancang untuk membuat persembahan teater mengenai kematian seorang pelajar sekolah tersebut 10 tahun lalu.

General Release Date: 23 July

Paper Towns

 

Filem yang diangkat dari novel nukilan John Green "The Fault In Our Stars" mungkin akan mengelirukan bagi sesiapa yang tidak pernah baca hasil nukilannya, namun untuk filem terbaru yang diadaptasi dari John akan memperlihatkan John seorang penulis yang mampu memahami pemikiran penonton dan pembaca muda. Ia mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah bernama Quentin yang dikunjungi oleh rakannya Margo pada suatu malam. Margo mahu Quentin membantunya membalas dendam terhadap orang-orang yang telah membuat salah kepadanya. Keesokan harinya, Margo menghilangkan diri dan Quetin mengikuti petunjuk yang ditinggalkan Margo untuk menjejakinya kembali.

Filem yang diarahkan oleh Jake Schreier ini akan dibintangi oleh Nat Wolff, Cara Delevingne, Halston Sage dan Austin Abrams.

General Release Date: 23 July

Twenty

 

Tiga sahabat baik berusia 20-an mula memikirkan masa depan mereka dan apa yang akan berlaku dengan masing-masing mempunyai perangai aneh.

Ini merupakan filem kedua arahan Lee Byeong-Hun dan dibintangi Kim Woo-Bin, Lee Joon-Ho dan kang Ha-Neul. Jika ditonton dari treler filem ini, boleh dikatakan filem ini agak menarik.

General Release Date: 23 July

Mission: Impossible Rogue Nation

 

Filem pengintip akan berterusan pada Julai ini dengan kembalinya hero kegemaran ramai Tom Cruise sebagai ejen IMF Ethan Hunt selepas misi 'Ghost Protocol' dalam usaha menyelamatkan IMF dari organisasi musuh yang mahu menghapuskan IMF.

Filem terbaru ini akan diarahkan oleh Christopher McQuarie dan dibintangi pelakon asal seperti Tom Cruise, Simon Pegg, Jeremy Renner dan Ving Rames. Manakala Rebecca Ferguson akan membuat penampilan sebagai muka baru dalam francais kali ini.

General Release Date: 30 July

Bangistan

 

Hafiz dan Praveen adalah dua orang pengganas berani mati yang datang dari dua organisasi berlainan yang diberi tugas untuk menjalankan misi mereka di konvensyen pemimpin agama.

Filem komedi ini memaparkan tentang kisah yang serius dengan topik yang diketengahkan sangat sensitif. Tetapi apabila menonton treler filem ini kami agak kagum dengan filem debut arahan Karan Anshuman. "Bangistan" akan diterjaui oleh Riteish Deskmukh dan Puklit Samrat manakala Jacqueline Fernandez turut akan membuat penampilan.

General Release Date: 30 July



Related Links:
Showtimes