Pengarah dan barisan pelakon yang hadir di malam gala tayangan perdana
filem "Geran" di mmCineplexes eCurve, Damansara.
4 Oct – Industri perfileman tempatan yang kaya dengan filem-filem aksi kini dihiasi lagi dengan sebuah karya filem terbaru bertemakan seni bela diri tradisional asli silat berjudul "Geran". Menurut pengarah Areel Abu Bakar, filem sulungnya itu dihasilkan di atas keinginannya sendiri kerana minat yang mendalam terhadap seni bela diri tradisional tersebut. "Sekiranya filem "Geran" ini berjaya mendapat sambutan orang ramai di Malaysia mahupun di luar negara, sekurang-kurangnya kita dapat mengangkat semula nama seni bela diri tradisional asli silat yang semakin dilupakan. "Idea untuk menghasilkan filem ini tercetus sejak lima tahun lalu kerana Malaysia kekurangan pelakon aksi yang mempunyai asas dalam seni mempertahankan diri.