Filem terbaru yang akan ditayangkan di Astro First | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Rencana

Filem terbaru yang akan ditayangkan di Astro First

Penulis: Ashraf Nasser

Jangan ketinggalan untuk menonton filem-filem tempatan terbaru yang akan ditayangkan <br>di Astro First sepanjang bulan November dan Disember ini.
Jangan ketinggalan untuk menonton filem-filem tempatan terbaru yang akan ditayangkan
di Astro First sepanjang bulan November dan Disember ini.

Industri filem tempatan terus suram sepanjang tahun 2020 ini berikutan terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 yang bukan sahaja menjejaskan Malaysia tetapi seluruh dunia terkesan dengan pandemik yang boleh membawa maut ini.

Jika pada hujung tahun 2019 ramai peminat filem tempatan teruja menanti filem-filem besar yang sepatutnya ditayangkan pada tahun ini selain beberapa filem lain yang dijadualkan, bagaimanapun semuanya terbantut apabila hampir semua filem tempatan ditunda termasuk pawagam di seluruh negara turut ditutup buat sementara waktu.

Bagaimanapun, pembikin filem kini mula mencari alternatif lain untuk menayangkan filem mereka selain tayang filem mereka secara tradisional iaitu di pawagam, namun kini mereka mula beralih kepada stesen televisyen berbayar atau platform penstriman video.

Antara yang popular menjadi pilihan pembikin filem adalah saluran berbayar Astro First yang sudah menayangkan beberapa buah filem seperti "Manap Karaoke", "Syif Malam Raya", "Town Mall", "Ada Apa Dengan Dosa" dan terbaru "Mael Totey" yang berjaya mencetuskan fenomena apabila berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta.

Oleh itu, kali ini Cinema Online ingin menyenaraikan lima buah filem yang sudah disahkan akan ditayangkan di Astro First sehingga akhir tahun ini.

"Athigaari"

Kita mulakan dengan sebuah filem Tamil tempatan berjudul "Athigaari" yang berkisarkan mengenai kisah seorang pegawai polis dalam siasatan menjejak pembunuhan misteri. Ia diarahkan oleh Kabilan Plondran yang merupakan seorang pengarah pemenang anugerah di Anugerah Tamil Kalainyar 2018 menerusi filem "Jhangri". Ia dibintangi oleh pelakon popular tempatan Bala Ganapathi William, Karnan Kanapathy, Nanthini Ganesen, Sasikumar Kandasamy, Sri Kumaran Munusamy, Thilaag Nair dan ramai lagi. Jadi, bersempena dengan bulan perayaan Deepavali jadi jangan ketinggalan untuk tonton filem ini di rumah anda.

Tarikh tayangan: 11 November 2020.

"Mulut Masin"

Untuk bulan November terdapat dua buah filem tempatan yang akan ditayangkan di Astro First iaitu sebuah filem Tamil dan sebuah filem Melayu berjudul "Mulut Masin". Filem arahan Razaisyam Rashid ini berkisarkan mengenai lima sepupu yang terkena sumpahan mulut masin arwah nenek mereka kerana menghilangkan surat wasiat. Kini mereka perlu cari jalan untuk batalkan sumpahan itu. Ia dibintangi oleh barisan pelakon gabungan senior dan muka baru seperti Jay Nazif, As'ad Motawh, Lan Pet Pet, Maria Farida, Faradhiya, Aloy Paradoks dan ramai lagi.

Tarikh tayangan: 19 November 2020.

"Petaka"

Bagi ramai yang mengikuti PU Azman di media sosial sudah pastinya tidak sabar menanti tayangan filem "Petaka". Filem Islamik arahan Azhari Zain menampilkan jalan cerita yang agak menarik berdasarkan petikan dari filem itu iaitu 'keburukan yang dikambing hitamkan untuk kepentingan sendiri yang akhirnya membawa petaka kepada orang lain yang tidak bersalah. Apa yang membuatkan ramai teruja adalah ia dibintangi pelakon hebat lain seperit Nabila Huda, Azman Ahmad, Wan Maimunah Aziz dan ramai lagi.

Tarikh tayangan: 3 Disember 2020.

"Konsert Hora Horey"

Animasi popular kanak-kanak iaitu "Didi & Friends" bakal kembali dengan filem konsert kedua mereka iaitu "Konsert Hora Horey". Tak dapat dinafikan siri animasi ini sangat popular di kalangan kanak-kanak berusia setaun hingga enam tahun. Dengan lagu-lagu yang cukup 'catchy' bukan sahaja membuat si comel terhibur, malah jangan terkejut si ibu bapa juga secara tidak sengaja terhafal lagu-lagu yang disifatkan sebagai 'berhantu'. Jika sebelum ini ia ditayangkan di pawagam, namun kali ini ia akan ditayangkan di Astro First. Jadi bersiap-sedialah ibu bapa untuk turut menyanyi bersama anak-anak anda!

Tarikh tayangan: 17 Disember 2020.

"Saka Nan Sepi"

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh salah seorang pelakon utama "Saka Nan Sepi", filem ini mempunyai sedikit unsur-unsur "Jumanji" yang pastikan akan membuatkan penonton tertarik. Malah lebih menarik lagi adalah ia dibintangi oleh barisan pelakon popular tanah air seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sherry Al Hadad, Namron dan ramai lagi. Kesemua pelakon ini jarang menghampakan penonton, jadi sudah pasti anda wajib tonton filem ini nanti.

Tarikh tayangan: 24 Disember 2020.

Cinema Online, 15 Nov 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan