Aditya Narayan dan Shweta Agarwal selamat bergelar suami isteri | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Aditya Narayan dan Shweta Agarwal selamat bergelar suami isteri

Penulis: Nisa Irina

Majlis perkahwinan Aditya Narayan dan Shweta Agarwal disambut meriah.
Majlis perkahwinan Aditya Narayan dan Shweta Agarwal disambut meriah.

4 Dis – Penyanyi dan aktor Bollywood Aditya Narayan selamat melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya Shweta Agarwal dalam sebuah majlis ringkas di Kuil Iskon, Mumbai pada Selasa.

Memandangkan situasi pandemik masih belum terkawal, pasangan romantik itu hanya mengadakan majlis ringkas yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Biarpun begitu, majlis perkahwinan mereka masih disambut meriah dengan penuh warna warni dan keceriaan yang terpapar di wajah kedua mempelai.

Aditya mengenakan busana pengantin sherwani berwarna putih gading serta turban yang dihiasi barang kemas, sementara Shweta kelihatan jelita dalam lehenga merah jambu dan putih.

Foto-foto dan video perkahwinan pasangan itu turut dimuat naik menerusi laman Instagram masing-masing dan para peminat dilihat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.







Malah sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung, Aditya sempat berkongsikan foto-foto romantik pra-perkahwinannya di laman Instagram.



Pasangan Aditya dan Shweta telah bercinta selama sepuluh tahun, selepas mengenali antara satu sama lain ketika bekerjasama untuk filem "Shaapit".

(Sumber foto: Aditya Narayan Instagram)

Cinema Online, 04 Dis 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan