Bintang TikTok Addison Rae sedia bintangi filem debutnya | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bintang TikTok Addison Rae sedia bintangi filem debutnya

Penulis: Nisa Irina

Addison Rae berjaya lakar nama di Hollywood.
Addison Rae berjaya lakar nama di Hollywood.

20 Nov – Impian selebriti media sosial popular Addison Rae untuk melebarkan sayap ke Hollywood akhirnya menjadi kenyataan apabila dia terpilih untuk membintangi 'reboot' 'gender-swap' bagi filem komedi romantik "She's All That" (1999).

Menerusi filem yang diberi judul "He's All That" itu, Rae akan menggalas watak seorang 'influencer', sama seperti dirinya, yang mana dilakonkan oleh Freddie Prinze Jr. dalam filem asal.

@addisonre

@hesallthatthemovie set day 1 ?? if you're reading this you're perfect and ily

? Shower - Becky G

Pengarah Mark Waters, yang pernah mengarah filem "Freaky Friday" dan "Mean Girls", berpendapat bahawa Rae adalah calon terbaik untuk membawakan watak itu kerana karisma yang ada pada dirinya.

"Saya tahu dia masih baru, tetapi dia mempunyai bakat yang sedia ada. Terdapat karisma dalam dirinya yang mampu membuatkan orang lain memberi perhatian kepadanya, dan itulah yang saya mahukan daripada pelakon filem," kata Waters yang dipetik dari Hollywood Reporter.


Buat makluman lanjut, bintang TikTok kedua terbesar di dunia itu telah pun menjalani uji bakat beberapa bulan lalu menerusi proses rakaman sendiri, dan kemudiannya di rumah penerbit Jennifer Gibgot.

Sebagai persiapan wataknya, Rae juga telah melakukan senaman kecergasan, berlatih membaca skrip bersama jurulatih lakonannya serta mengadakan perbincangan bersama pengarah.

Filem itu mengisahkan seorang 'influencer' yang ingin mencabar dirinya untuk mengubah penampilan lelaki paling 'skema' di sekolahnya menjadi 'prom king' selepas dipersendakan oleh teman lelakinya.

Selain Rae, "He's All That" turut dibintangi pelakon lain seperti Madison Pettis, Isabella Crovetti, Myra Molloy, Tanner Buchanan, Peyton Meyer dan Annie Jacob.

@addisonre

@sherinicolee

? New Thang - Redfoo
@addisonre

mood ??????????????????

? Lonely - Justin Bieber & benny blanco

(Sumber foto: Zimbio Pinterest)

Cinema Online, 20 Nov 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE.
Waktu Tayangan