Kajol kongsi inspirasi buat golongan wanita | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kajol kongsi inspirasi buat golongan wanita

Penulis: Nisa Irina

Kajol sentiasa beri kata-kata semangat buat para peminatnya.
Kajol sentiasa beri kata-kata semangat buat para peminatnya.

5 Dis – Kajol Devgn adalah salah seorang selebriti Bollywood yang aktif di media sosial dan sentiasa mengukir senyuman di bibir para peminat menerusi kandungan-kandungan yang dikongsikannya.

Terbaru, bintang filem klasik "Dilwale Dulhania Le Jayenge" itu memuat naik fotonya yang menggayakan pakaian serba hitam dengan nota ringkas yang memberi inspirasi buat golongan wanita.

"Untuk apa yang bernilai, ianya tidak pernah terlambat untuk menjadi sesiapa sahaja yang kamu impikan.. #WanitaMampuLakukanApaSahaja," katanya.

Baru-baru ini, Kajol turut berkongsi ucapan Hari Kesyukuran yang jatuh pada 26 November lalu serta Hari Lelaki Sedunia berserta foto suaminya yang jugak aktor, AjayDevgn, serta anak-anak saudaranya, Daanish dan Aman Gandhi.

Beralih ke perkembangan lain, kali terakhir Kajol dilihat di layar perak adalah menerusi filem aksi sejarah "Tanhaji: The Unsung Warrior", dan kemudiannya muncul dalam filem pendek "Devi" di YouTube.

Kajol akan membuat debut digital menerusi filem komedi "Tribhanga" arahan Renuka Shahane, bersama pelakon lain seperti Tanvi Azmi dan Mithila Palkar, Kunaal Roy Kapur.

Diterbitkan oleh Ajay Devgn, filem itu akan ditayangkan di sebuah portal penstriman video berbayar pada Januari 2021.

(Sumber foto: Photo Tadka)

Cinema Online, 05 Dis 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan