Lee Min Ho selebriti Korea pertama cecah 20 juta pengikut IG & Facebook | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Lee Min Ho selebriti Korea pertama cecah 20 juta pengikut IG & Facebook

Penulis: Nisa Irina

 Ternyata Lee Min Ho disayangi oleh para peminat dari seluruh dunia.
Ternyata Lee Min Ho disayangi oleh para peminat dari seluruh dunia.

5 Okt – Aktor Korea Selatan popular, Lee Min Ho berjaya memecah rekod apabila menjadi selebriti Korea pertama yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai di laman Instagram, iaitu 20 juta pengikut.

Berita itu telah disahkan oleh agensi Lee Min Ho, MYM Entertainment, yang memuat naik foto aktor itu berserta ucapan tahniah atas pencapaiannya menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Pada September lalu, bintang filem "Bounty Hunters" itu telah mencecah jumlah pengikut yang sama menerusi laman Facebook miliknya.

Sementara itu, ruangan komen pula dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat di seluruh dunia yang sememangnya kagum dengan kejayaan dan aktor tersebut.

"Lee Min Ho adalah seorang aktor yang hebat, pemenang anugerah dan seorang pemuda baik hati yang sentiasa membantu golongan memerlukan.

"Tak hairanlah jika dia disayangi dan disokong oleh berjuta-juta peminat di serata dunia. Dia memang layak untuk ini," tulis salah seorang peminatnya dari Filipina.

Setelah menamatkan latihan ketenteraannya tahun lalu, Lee Min Ho kembali mewarnai dunia lakonan menerusi drama "The King: Eternal Monarch" yang disiarkan baru-baru ini.

Untuk rekod, walaupun mula berlakon pada 2003, namun nama Lee Min Ho semakin terkenal setelah dia membintangi drama ikonik "Boys Over Flowers" pada 2009.

(Sumber foto: MYM Entertainment Facebook)

Cinema Online, 05 Okt 2020

Filem Berkaitan:
Bounty Hunters (Kantonis) (14 Jul 2016)
Gangnam Blues (Korea) (21 Mei 2015)


Waktu Tayangan