Inilah masanya untuk rebut peluang jadi bintang filem | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Inilah masanya untuk rebut peluang jadi bintang filem

Penulis: Ashraf Nasser

Sekiranya anda ingin jadi pelakon, inilah masanya untuk tonjolkan bakat anda.
Sekiranya anda ingin jadi pelakon, inilah masanya untuk tonjolkan bakat anda.

5 Dis – Jika anda memasang impian untuk menceburi dunia lakonan tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula, ini adalah peluang terbaik anda apabila Metrowealth Pictures (MIG) bakal mengadakan sesi uji bakat untuk filem terbaru mereka.

Setelah sekian lama tidak muncul dengan sebarang filem, MIG bakal kembali memeriahkan semula industri filem menerusi filem terbaru mereka berjudul "Albab Dingding".

Berita mengenai sesi uji bakat itu dikongsikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (MIG), Mejar (K) David Teo menerusi laman sosial Instagram miliknya.

"CASTING CALL!! Rebut peluang untuk muncul di layar perak. Hantarkan profile anda di email talent@metrowealth.com.my sebelum 9 Disember 2020.

"Mungkin anda yang kami cari untuk menjadi bintang terbaru."

Kali terakhir MIG menghasilkan filem pada tahun 2017 menerusi empat buah filem iaitu "Dorm Melati", "Hospital", "Love From Kampung" dan "Kolestrol vs Cinta".

(Sumber foto: David Teo Instagram)

Cinema Online, 05 Dis 2020

Waktu Tayangan