"Puteri Gunung Ledang" bakal ditayangkan di Netlix | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Puteri Gunung Ledang" bakal ditayangkan di Netlix

Penulis: Nisa Irina

Jangan terlepas untuk menonton kisah cinta Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah di Netflix!
Jangan terlepas untuk menonton kisah cinta Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah di Netflix!

18 Nov – Berita gembira buat peminat setia "Puteri Gunung Ledang" (PGL) kerana filem legenda itu akan dibawa khas ke platform penstriman video terkenal, Netflix, buat tontonan pelanggan di seluruh Asia Tenggara bermula 26 November ini.

Pengarah Saw Teong Hin berkata, tayangan filem "PGL" di platform berkenaan secara tidak langsung memberi peluang kepada penonton dari serantau untuk mengenali warisan budaya Malaysia, terutamanya generasi muda.

""Puteri Gunung Ledang" adalah filem pertama saya, dan ia sangat dekat di hati saya. Filem ini berdasarkan legenda yang mana ramai penduduk Malaysia membesar dengannya, dan ia adalah sebahagian penting dari warisan budaya kita.

"Saya sangat teruja untuk berkongsikan semula filem ini kepada penduduk Malaysia dan penonton dari serantau, terutamanya generasi muda yang mungkin belum berpeluang untuk menontonnya," katanya dalam satu kenyataan.

Sedikit butiran, "PGL" merupakan filem bajet besar Malaysia pertama yang diterbitkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina di bawah syarikat produksi Enfiniti (M) Sdn. Bhd. miliknya. Filem itu telah ditayangkan di pawagam pada 31 Ogos 2004 dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM16.6 juta.

Ia bukan sahaja memenangi lima anugerah di Festival Filem Malaysia 2004, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila ia mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-76 pada 2004.

Berlatarkan kurun ke-15 di Melaka, "PGL" mengisahkan percintaan antara puteri Jawa-Hindu, Gusti Putri, dan pahlawan Melayu, Hang Tuah. Ia dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk M. Nasir, Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk Rahim Razali dan Adlin Aman Ramlie.

Terdahulu, syarikat produksi Enfiniti (M) Sdn. Bhd. telah menayangkan filem sejarah epik "Puteri Gunung Ledang" versi suntingan penerbit ulang tahun ke-10 di saluran YouTube rasmi mereka.

Cinema Online, 18 Nov 2020

Filem Berkaitan:
PUTERI GUNUNG LEDANG (Melayu) (31 Ogos 2004)

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan