Saif Ali Khan mahu Ibrahim ikut jejak langkah debut Hrithik Roshan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Saif Ali Khan mahu Ibrahim ikut jejak langkah debut Hrithik Roshan

Penulis: Nisa Irina

Saif Ali Khan sentiasa sokong minat anak-anaknya dalam bidang lakonan.
Saif Ali Khan sentiasa sokong minat anak-anaknya dalam bidang lakonan.

5 Dis – Biarpun ramai bakat-bakat baru di Bollywood terkenal menerusi media sosial, namun bintang Bollywood terkenal Saif Ali Khan menasihatkan anak lelakinya Ibrahim untuk menjauhkan diri dari platform itu.

Seperti sedia maklum, Ibrahim yang kini berusia 19 tahun bakal melangkah ke Bollywood tidak lama lagi, namun masih belum diketahui filem yang akan dibintanginya.

Apa yang pasti, harapan Saif adalah untuk melihat anak-anaknya berjaya menceburi bidang lakonan memandangkan sejak awal lagi mereka sudah menunjukkan minat dalam bidang tersebut.

Malah, bintang "Kal Ho Naa Ho" itu turut berharap Ibrahim dapat membuat debut besar-besaran seperti mana aktor terkenal Hrithik Roshan dalam filem "Kaho Naa... Pyaar Hai".

"Seperti Hrithik Roshan, dia juga perlu 'meletup' apabila tampil di skrin. Akan ada perbandingan yang dibuat oleh orang ramai antara saya dan dia, dia tak boleh lari dari itu.

"Namun dia sedang membesar, membina personalitinya sendiri, maka sebaiknya dia kurang didedahkan buat masa sekarang," katanya yang dipetik dari Hindustan Times.

Untuk rekod, Ibrahim merupakan anak kedua Saif bersama bekas isterinya, Amrita Singh, selepas aktres Sara Ali Khan.

Dalam pada itu, Saif kini terlibat dengan penggambaran filem terbarunya "Bhoot Police" bersama Arjun Kapoor dan Yami Gautam yang dijalankan di Palampur.

Selain itu, Saif bersama isterinya yang juga bintang terkenal Kareena Kapoor teruja menantikan kelahiran anak kedua mereka tidak lama lagi.

(Sumber foto: Super Stars Bio)

Cinema Online, 05 Dis 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan